Resepi Minuman

View previous topic View next topic Go down

Resepi Minuman

Post by sara on Sun Apr 13, 2008 8:06 pm

Air Betik

Bahan-Bahan:
sebiji buah betik yang sudah masak, cawan air gula, 1 biji limau nipis
1 gelas air sejuk

Cara membuatnya:
Betik dikupas kulitnya dan potong kecil-kecil. Kisar dalam blender dengan air gula dan air sejuk hingga hancur. Kemudian ditapis ambil airnya, Perahkan air limau kacau rata-rata dan sejukkan.


Air Asam

Bahan-Bahan:
3 sudu kecil serbuk asam boi
3 sudu kecil gula
1 biji limau nipis
1 gelas air suam
Ais batu

Cara membuatnya:
Masukkan suku gelas air panas ke dalam gelas. Tambahkan serbuk asam boi dan gula kacau sebati. Masukkan air hingga tiga suku gelas. Perah limau nipis. Kacau sebati dan masukkan ais batu.

ABC

Bahan-Bahan:
200 gm isi mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yg telah direbus
50 gm kismis

Cara membuatnya:
Masukkan isi mangga,susu skim & air ke dlm pengisar & putar hingga hancur. Sejukkan di dlm peti sejuk.Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah & satu sudu kismis dlm setiap 4 gelas. Tuangkan air mangga sama banyak ke dlm setiap gelas.

sara

Female
Number of posts : 53
Age : 38
Registration date : 22/03/2008

View user profile http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum