Resepi Ikan

View previous topic View next topic Go down

Resepi Ikan

Post by sara on Sun Apr 13, 2008 8:19 pm

Ikan Bawal masam manis

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

Cara memasak:
Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.


Ikan Tumis Petai

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan lawang
3 sudu besar tempoyak
2 papan petai
1 cawan minyak masak
Garam secukupnya

Bahan (A) dikisar:
15 biji cili padi
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sm kunyit hidup

Cara memasak:
Goreng ikan hingga setengah masak. Ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan (A). Masukkan tempoyak, petai dan dikacau rata. Kemudian masukkan ikan, garam dan masak hingga petai lembut.


Ikan masak asam pedas

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan kembong
1 batang serai-diketuk
1 tangkai daun kesum
2 gelas air
Garam secukup rasa Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah
Sedikit belacan

Cara memasak:
Masukkan bahan yang ditumbuk, serai, daun kesum serta air ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta garam secukup rasa.


Ikan panggang pandan

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan kurau
4 helai daun pandan
4 batang serai - dimayang halus dan ditumbuk
2 cawan santan pekat 5 ulas bawang merah - ditumbuk
5 biji cili merah - dimayang
15 biji cili padi - dimayang
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
Bersihkan ikan. Belah bahagian belakang dan juga dadanya, perapkan dalam air asam jawa selama 1 jam.
Keluarkan ikan dan masukkan daun pandan ke dalam belakang serta dada ikan, kemudian digoreng atau dipanggang.

kuah:
Masak santan pekat bersama serau dan kacau selalu. Kemudian bubuh bawang merah tumbuk, cili merah dan cili api lalu masukkan garam dan sedikit gula. Setelah elok rata tuangkan kuah tadi ke atas ikan.

Ikan talapia goreng sambal

Bahan-Bahan:
Ikan Talapia sapu dengan kunyit - Goreng
7 batang cili merah
garam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
Tumbuk kasar cili, halia, bawang putih, bawang merah.
Tumis hingga naik bau (jgn sampai garing).
Masuk garam.
Tabur cili atas ikan goreng tadi.

sara

Female
Number of posts : 53
Age : 38
Registration date : 22/03/2008

View user profile http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum