Resepi Nasi

View previous topic View next topic Go down

Resepi Nasi

Post by sara on Sun Apr 13, 2008 7:57 pm

Nasi Beriani

Bahan-Bahan:
600 gm beras wangi
20 gm bawang putih (dimayang)
50 gm bawang merah (dimayang)
20 gm halia (dimayang)
5 gm kulit kayu manis
5 gm buah pelaga
5 gm bunga cengkih
5 gm bunga lawang 2 helai daun pandan
tin minyak sapi
30 gm lobak merah (dipotong dadu)
30 gm daun sup
20 gm kacang pis
Pewarna kuning (bahan untuk kekuningan)
Garam secukup rasa
Susu cair secukup rasa

Cara memasak:
Cuci beras . Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit
kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, sehingga garing. Masukkan susu & daun pandan, garam , serta sedikit air. Setelah nasi masak, masukkan pewarna kuning, lobak merah, daun sup & kacang pis.



Nasi ayam

Bahan-Bahan:
Beras
Daun pandan
2 kiub pati ayam
2 biji bawang besar Bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kayu manis
1 senduk majerin - untuk menumis
Halia sebesar ibu jari

Cara memask:
Basuh beras
Panaskan marjerin dan tumis bawang/daun pandan/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga dan kayu manis sehingga naik wangi.
Kemudian masukkan beras goreng sebentar
Setelah itu masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam.
Akhir sekali masukkan sedikit garam.


Nasi tomato

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga 2 cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
cawan tomato sos

Cara memasak:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

sara

Female
Number of posts : 53
Age : 38
Registration date : 22/03/2008

View user profile http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum