Saintis temui formula awek muda
3 posters
Page 1 of 1
Saintis temui formula awek muda
Rapamycin berpotensi panjangkan hayat
LONDON: Sejenis ubat yang berasal dari Pulau Easter, di Lautan Pasifik selatan didapati mampu memperlahankan proses penuaan, sekali gus memanjangkan hayat.
Rapamycin, ubat yang digunakan untuk menghalang penolakan organ oleh pesakit yang melalui pemindahan organ, didapati memanjangkan usia tikus sehingga 38 peratus, menurut penyelidikan yang dilakukan saintis di Amerika Syarikat.
Berikutan penemuan itu saintis kini menumpukan usaha untuk menghasilkan ubat sama ada untuk melambatkan proses penuaan atau mengelak penyakit yang berkaitan dengan penuaan.
Rapamycin, produk bakteria yang ditemui dalam sampel tanah di Pulau Easter, pada mulanya digunakan sebagai ejen antikulat.
Bagaimanapun, ia kemudian didapati mempunyai unsur mengurangkan penolakan yang membolehkannya digunakan dalam memastikan penerima pemindahan orang tidak menolak organ baru yang diterima mereka.
Sepasukan 14 penyelidik dari tiga institut, diketuai David Harrison dari Jackson Laboratory di Bar Harbor, Maine, menyuntik rapamy-cin kepada tikus yang sudah di penghujung purata usia normal haiwan itu sekurang-kurangnya 600 hari dan hasil kajian mendapati tikus terbabit boleh hidup lebih lama daripada dijangkakan.
Hasil kajian itu yang disiarkan semalam di jurnal online Nature, menarik minat ramai, lebih-lebih lagi apabila dua pakar terkemuka dunia dalam proses penuaan, Matt Kaeberlein dan Brian K Kennedy dari University of Washington, Seattle, menulis artikel dalam jurnal itu bertanyakan: "Apakah perkembangan ini langkah pertama dalam menghasilkan ubat antipenuaan bagi kegunaan manusia?"
Mereka menjawab soalan itu dengan jawapan positif.
Bagaimanapun, Dr Kaeberlein dan Dr Kennedy memberi amaran jangan sesiapa mula makan rapamycin untuk memanjangkan umur mereka.
Hasil penyelidikan Harisson mendapati usia maksimum meningkat daripada 1,094 hari kepada 1,245 hari bagi tikus betina dan daripada 1,078 kepada 1,179 bagi tikus jantan masing-masing mencatatkan peningkatan 38 peratus dan 28 peratus apabila diberi rapamycin yang juga dikenali sebagai si-rolimus. Agensi

Re: Saintis temui formula awek muda
kalo stakat awek mude, rs2 kt skola, kolej dgn uni sng dpt lg...jgn cr kt farmasi, itu mak awek.hee
jgn_tny_aku_sape-
Number of posts : 26
Age : 37
Job/hobbies : layan awek
Humor : x kot
Registration date : 23/10/2009
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum