APAKAH ITU HIV DAN AIDS

View previous topic View next topic Go down

APAKAH ITU HIV DAN AIDS

Post by puteraboboy on Mon Mar 14, 2011 11:37 am

HIV / AIDS
Pengenalan
Apa itu HIV dan AIDS?
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.
Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/.
Bagaimanakah HIV merebak?
HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

* Darah
* Air mani
* Cecair faraj
* Susu ibu

HIV boleh merebak melalui:

* Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
* Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
* Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
* Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?
Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

* Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
* Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
* Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
* Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
* Gigitan nyamuk

Tanda dan Gejala
Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?
Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:

* demam
* sakit tekak dan batuk
* sakit otot
* sakit kepala
* cirit-birit
* bengkak kelenjar limfa
* letih
* ruam
* sakit sendi
* turun berat badan

Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?
Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

* penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
* cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
* jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
* jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
* kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)

Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?
Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.
Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV.
Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.

Rawatan
Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?
Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS.
Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan?
Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:

* menunjukkan tanda-tanda AIDS
* bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
* bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
* pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya

Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:

* kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
* dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
* dijangkiti melalui pekerjaan
* wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
* pegawai kerajaan

Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja.
Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:

* pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
* nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
* rawatan penyakit kelamin
* kaunseling ( perubatan dan psikologi)

Pencegahan
Pencegahan dikalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.

* Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:
o jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
o setia kepada pasangan anda
o amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
* gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang
* jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan
* anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
* individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV
* pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.
MORE INFO-KLIK DI SINIhttp://suarakayangan.blogspot.com/2011/03/apakah-itu-hiv-dan-aids.html

puteraboboy

Male
Number of posts : 24
Age : 39
Job/hobbies : surfing internet
Humor : HAPPY GO LUCKY
Registration date : 04/02/2011

View user profile http://kedaionline-ezani.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum