Malique Too Phat akan bernikah dgn Melissa Maureen Rizal

View previous topic View next topic Go down

Malique Too Phat akan bernikah dgn Melissa Maureen Rizal

Post by Admin on Sat Apr 05, 2008 8:48 am

Malique Too Phat akan bernikah dgn Melissa Maureen Rizal

Malique akan bernikah
MALIQUE dan Melissa.

KUALA LUMPUR - Bekas anggota kumpulan hip hop popular Too Phat, Malique
bakal menamatkan zaman solonya apabila dia akan mengahwini seorang
artis berdarah kacukan Cina dan Pakistan, Melissa Maureen Rizal, Ogos
ini.

Perkara itu disahkan sendiri, Melissa kepada KOSMO! semalam.

"Memang benar kami sudah bertunang dan akan berkahwin Ogos ini," jelas Melissa yang juga seorang pelakon dan model.
Menurut Melissa, walaupun mereka sudah memilih bulan kemerdekaan itu
untuk melangsungkan perkahwinan namun tarikh sebenar pernikahan belum
diputuskan.

"Setakat ini saya boleh katakan kami sudah memilih bulan Ogos untuk
bernikah, bagaimanapun tarikhnya belum pasti dan majlis itu hanya akan
berlangsung secara sederhana," katanya yang ketika dihubungi berada di
Bali.

Selepas keluar dengan album terakhir Too Phat, Reality Into Birth,
Malique, 31, lebih banyak mendiamkan diri daripada khalayak manakala
kelibatnya juga sukar dijejak media setelah dia tidak lagi bersama
dengan seorang lagi anggota kumpulan berkenaan, Joe.

Melissa pula menafikan pemergiannya ke Bali untuk membeli-belah
persiapan nikahnya, sebaliknya percutian ini hanyalah untuk merehatkan
diri selepas selesai menjalani penggambaran iklan komersiol Olay yang
dibuat di Bangkok, Thailand.

Malique atau nama sebenar Malik Ibrahim sudah tidak lagi bersama Too
Phat setelah keluar dengan album terakhir mereka pada tahun 2005.

Sebelum ini, Malique pernah mempunyai hubungan cinta dengan pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo.

_________________



selamat datanng ke boraksakan diharap semua enjoy dan meramaikan lagi forum ini ok

Admin
Admin
Admin

Male
Number of posts : 182
Age : 29
Location : Johor
Job/hobbies : study and business,
Registration date : 20/03/2008

View user profile http://boraksakan.forummotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum