Borak Sakan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Paris Hilton disaman RM28.7 juta

Go down

Paris Hilton disaman RM28.7 juta Empty Paris Hilton disaman RM28.7 juta

Post by acan Sat Jul 11, 2009 10:08 am

MIAMI 10 Julai - Paris Hilton (gambar) membenci filem Pledge This! yang dibintanginya pada 2006 dan enggan hadir dalam promosi tayangan, walaupun kontrak yang dipersetujui memerlukan beliau berbuat demikian.

Ia adalah hujah yang dibentangkan barisan peguam kepada pelabur filem berkenaan ketika perbicaraan bermula semalam dalam kes tuntutan saman sebanyak AS$8 juta (RM28.7 juta)

"Dalam tempoh enam bulan, pada bila-bila masa saja dia menggunakan 10 minit untuk temu bual telefon," kata Bryan West dalam kenyataan pembukaannya.

Ketika Hilton dilihat menangguk-angguk, peguam belanya Michael Weinsten menegaskan bahawa anak guamnya kerap hadir untuk promosi filem namun tidak dapat memenuhi kebanyakan permintaan produser filem tersebut kerana jadualnya yang terlalu ketat.

Tambahnya, Hilton juga berhak menolak beberapa acara promosi yang mungkin menjejaskan 'jenamanya' dan tidak pernah bersetuju untuk menyekat pengeluaran DVD filem itu dari Disember 2006 hingga Mei 2007.

"Paris Hilton adalah mesin promosi. Dalam tempoh dua setengah tahun, dia banyak mempromosikan filem itu," ujar Weinsten.

Seorang produser eksekutif filem itu, James DiLorenzo dalam keterangannya menyatakan pembantu Hilton menolak beberapa siri promosi termasuk rancangan wawancara lewat malam dan dengan majalah, akhbar dan radio di Amerika Syarikat dan luar negara.

"Dalam usaha menarik perhatian umum, dia adalah individu paling berkuasa berbuat demikian," kata DiLorenzo lagi.

Hilton, 28, yang merupakan pewaris rangkaian hotel, aktres dan model dijangka memberi keterangan hari ini. Dia terbang ke Miami dari Dubai, lokasi penggambaran rancangan realiti terbarunya My New BFF.

Dia dibayar AS$1 juta (RM3.6 juta) untuk memegang watak utama namun filem yang hanya mengutip AS$2.9 juta (RM10.4 juta) dengan tayangan di 25 buah pawagam. - AP

Paris Hilton disaman RM28.7 juta 461362 Paris Hilton disaman RM28.7 juta 461362
acan
acan

Male
Number of posts : 20
Age : 34
Location : 118.100.1.42
Job/hobbies : tanam anggur
Humor : what is humor..?
Registration date : 11/07/2009

http://www.teamdymium.com/?referrername=acan

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum