Borak Sakan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AirAsia nak beli Newcastle??

Go down

AirAsia nak beli Newcastle?? Empty AirAsia nak beli Newcastle??

Post by acan Sat Jul 11, 2009 9:34 am

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad mengesahkan sedang dalam rundingan menjadi pemegang saham terbesar kelab Inggeris, Newcastle United apabila menerima tawaran skuad Liga Kejuaraan itu, beberapa minggu lalu.

Sumber dalaman AirAsia memberitahu Newcastle setakat ini menjadi pilihan utama selepas turut ditawar memiliki tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United, yang difahamkan menjadi kelab pujaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Seri Tony Fernandes (gambar) selain Portsmouth dan Sunderland.

“AirAsia sedang meneliti tawaran kesemua empat kelab Inggeris itu, namun masih belum membuat keputusan. Tapi, Newcastle diberi keutamaan kerana mereka dilihat mampu memberi pulangan paling baik bagi aspek penjenamaan syarikat kami.

“Sebagai pelabur, sudah pasti kami mahukan pulangan terbaik untuk mengukuhkan reputasi berdepan cabaran pesaing,” katanya.

Pegangan rasmi syarikat ditubuhkan pada 8 Disember 2003 itu mengenai Newcastle ialah mereka sedang menilai semula tawaran kelab sedang dicari pembeli oleh pemilik ketika ini, Mike Ashley.

“Apa yang kami mahukan ialah pengukuhan jenama AirAsia dan kebaikan terhadap bola sepak Malaysia. Saya tidak pasti mengenai rancangan lebih mendalam (menghantar pemain Malaysia beraksi) kerana perkara ini masih dalam rundingan.

“Tapi, jika berjaya, saya pasti ia akan menyumbang sesuatu kepada bola sepak negara,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah bakal dilaburkan.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak bertenang kerana pasti empat kelab terbabit turut kemukakan tawaran kepada syarikat gergasi lain seluruh dunia.

“Siapa menawarkan sejumlah wang terbesar pasti akan menjadi pemilik. Kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku kerana bola sepak diminati di seluruh dunia.

“Saya harap rundingan ini berjalan lancar namun, semuanya terpulang kepada Datuk Seri Tony,” katanya.
acan
acan

Male
Number of posts : 20
Age : 34
Location : 118.100.1.42
Job/hobbies : tanam anggur
Humor : what is humor..?
Registration date : 11/07/2009

http://www.teamdymium.com/?referrername=acan

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum