3 pembekal ayam tak sembelih disaman

View previous topic View next topic Go down

3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Post by ajidss_ajidss on Fri Mar 21, 2008 11:49 am

3 pembekal ayam tak sembelih disaman


KUALA
LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan
Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam
memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam,
termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak
disembelih.

Zainuddin,
55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd
dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang
difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau
dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam,
kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari
Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan
di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain
itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna
Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di
Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.

Zainuddin
juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk
dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama
dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal
kepada semua umat Islam.

Di
samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga
defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu
berada di pasaran.

Plaintif
juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf
kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di
muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos
perbelanjaan.

Dalam
writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal
memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut
Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan
kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo
halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan
sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu
sebelum dipasarkan.

“Pada
28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan
mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul
mengikut prosedur penyembelihan.

“Sangkaan
saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak
halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya

:http://content

ajidss_ajidss

Male
Number of posts : 28
Age : 29
Location : kuala lumpur
Job/hobbies : bisness
Registration date : 20/03/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: 3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Post by pinguin on Thu Mar 27, 2008 11:06 pm

jahatnyer bekalkan bangkai ayamm.....!!!! ayam xdisembelih adalah bangkai

pinguin

Male
Number of posts : 17
Age : 32
Job/hobbies : research
Humor : nil
Registration date : 23/03/2008

View user profile http://gempakz.forumq.biz

Back to top Go down

Re: 3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Post by Admin on Sat Apr 05, 2008 9:34 am

haah..camne nak tahu ayam tu halal ke tak???

_________________



selamat datanng ke boraksakan diharap semua enjoy dan meramaikan lagi forum ini ok

Admin
Admin
Admin

Male
Number of posts : 182
Age : 29
Location : Johor
Job/hobbies : study and business,
Registration date : 20/03/2008

View user profile http://boraksakan.forummotion.com

Back to top Go down

Re: 3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Post by ilhamputra on Sun Apr 13, 2008 3:29 pm

sy penah dgr artikel ttg ayam tak disembelih.mmg byk dah berlaku.cuma kita tak sedar jer.skrg ni jgn terkejut kalau ayam yg kite makan kualitinya tak elok.

_________________
rahsia buat duit !
agen top up!!!
free 1 usd when you click here
buat blog sendiri!

ilhamputra
moderator
moderator

Male
Number of posts : 47
Age : 29
Location : selangor
Job/hobbies : reading,traveling
Humor : what can isay
Registration date : 10/04/2008

View user profile http://www.ilhamputra07.blogspot.com

Back to top Go down

Re: 3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Post by onix on Thu May 22, 2008 12:25 am

padan muka coz kena saman juta2.. tu baru dunia..akhirat nanti banyak lagi tuntutan akan dibuat..

onix

Male
Number of posts : 45
Age : 32
Job/hobbies : main game
Humor : wekkk
Registration date : 15/05/2008

View user profile http://deacademy.forummotion.com/index.htm

Back to top Go down

Re: 3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Post by Sponsored content Today at 9:42 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum