Memakan makanan yang haram
Page 1 of 1
Memakan makanan yang haram
Pengertian memakan makanan yang diharamkan kerana terpaksa (darurat) adalah terhadap orang yang terpaksa atau terdesak, ketika itu dibolehkan (harus) memakan bangkai daging babi dan semua yang tidak dihalalkan, baik dalam bentuk binatang mahupun lainnya yang diharamkan oleh Allah. Ini bertujuan menjaga kehidupan dan memelihara jiwa dari kematian. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu". (An Nisa' 29) Seseorang boleh dikatakan terpaksa apabila sampai pada tingkat kelaparan yang mengakibatkan kebinasaan atau menyebabkan timbulnya penyakit yang menyebabkan kematian baik ia seorang yang taat mahupun ahli maksiat.
Firman Allah SWT maksudnya: "Maka sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa".
(Al Baqarah 173) Pengertian darurat menurut fuqaha' Syafie adalah; "jika selama tiga hari ia tidak mendapatkan apa-apa yang dapat dimakan, ia boleh memakan apa-apa yang dapat dimakan walaupun yang diharamkan, walaupun melibatkan harta milik orang lain".
Jika demikian pengertian darurat, maka haram memakan daging ayam yang disembelih dengan tidak menyebut nama Allah, sedangkan masih ada alternatif atau pilihan lain yang boleh dilakukan. Juga tergolong berdosa kerana meringan-ringankan hukum syariat, seakan-akan meremehkan ketentuan yang telah Allah SWT tetapkan.
Apalah ertinya kita menuntut ilmu jauh ke negeri orang sedangkan makanan yang kita makan kemudian menjadi darah daging itu terdiri dari bangkai yang haram. Jika ini secara terus menerus dilakukan dikhuatirkan akan menutup pintu hati dalam menerima kebenaran. Jangan jadikan alasan kerana bosan memakan benda yang halal kemudian menghalal sesuatu yang haram, berusahalah menghindarinya agar terhindar daripada terkena musibah dan laknat Allah. Na'uzibillahi min zalik.

Similar topics
» lagu yang paling best
» Kepada Yang Sudah Mendaftar..
» filem romantik yang kamu minati
» music apa yang kamu suka dengar ???
» artis mana yang kamu suka??
» Kepada Yang Sudah Mendaftar..
» filem romantik yang kamu minati
» music apa yang kamu suka dengar ???
» artis mana yang kamu suka??
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|