Borak Sakan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hukum meng***** alat kelamin

Go down

Hukum meng***** alat kelamin Empty Hukum meng***** alat kelamin

Post by Blueberry Sat Oct 04, 2008 1:44 pm

Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.

Bagaimanapun suami melihat dan meng**** alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan meng***** alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.

Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.

Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

Blueberry

Female
Number of posts : 45
Age : 37
Location : **UmaH Aku**
Job/hobbies : Qc..ReADinG
Humor : eRm.....
Registration date : 04/10/2008

http://www.sitizone.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum